Kasut 'Badi'? Huh?

Wednesday, April 29, 2009
Tersebut lah kisah antara kasut dan tuan punya kasut(iaitu aku). Kasut baru berwarna hitam dipakai sekolah setiap hari. Pada mulanya tiada apa2 yg berlaku. Namun selepas beberapa ketika, tuan punya kasut(aku) mula mengalami pelbagai jenis pelanggaran n kejatuhan n ke-'clumsy'-an yg melampau. Satu demi satu kejadian berlaku. Spt cnth...

Satu hr aku n taufiq ke kelas 5S apa pun aku xtau ar. Nk kluar ikut pntu belakang, tanpa aku menyedari, pintu belakang kelas tu terkunci. Aku menyangkakan pntu itu sekadar tertutup shj. In a split second die terlanggar pntu tuh dgn kuat.

Ada pula satu hr nih tgh brckp ngan chewyee n aku tgh berjln n menghadap chewyee(smbil berborak). Juga tanpa disedari, bl paling ke blkng, terlanggar tiang head-first.

Ada juga kejadian masa aku dgn taufiq. Masa physic pastu rehat n lps rehat bio. Dua2 masa kene g lab yg berada di tngkt yg sama. So, mereka bawa buku physic n bio skali. Aku ni plan nk anta buku bio kt lab bio pastu g physic. Tp bl smpai kat tngkat lab2 form 5, taufiq terus menuju ke lab physic. Aku yg plan nk g lab bio trnmpk taufiq ke lab physic n die mnghala ke arah yg taufiq tuju. Namun bgtu, kaki aku still brjalan ke arah lab bio. Maka terjatuh lah aku...

Ada pulak satu masa ni aku tgh nk g public phne kat skolah ngan taufiq.Yg ada dlm poket aku ialah duit 50sen. Lantak lah. Aku blh call mak n abah aku skali trus. 50sen agak lama masa callnye, so aku yg sedang call main laa dgn wayar phone tu. Mula2 gurau buat cam tercekik la, pastu buat gedik skit pintal2 wayar phne tuh. Last2, lepas dah call tuh dh letak gagang telefon di tempatnye, aku mula brjalan n tercekik. Main punye main ngan wayar phne tuh, last2 x sedar wayar dh berbelit kat leher aku.
Statement taufiq selepas kejadian itu, kalo ko mati kan, aku rasa aku bukan nangis tp tergelak.

Dua kes yg plg teruk akan mnjadi penutup post nih. So yg pertama...

Semasa aku, taufiq n ezmeer brjalan menuju ke kantin, terserempak ngan ckg(ckg mana xigt tp kenal la). Berborak jap ngan ckg. Bila pusing jer trus terlanggar tiang senget dekat pintu kantin. Tepat kena dada. Sakit siot. Taufiq n ezmeer bukannye simpati tp gelak smpai tercangkung.

Kedua. Nk pg kantin lalu kat board primer(rumah sukan). Primer Satria menag first n Wira second. Aku saja mengutuk taufiq ckp dia patut bangga yg makanan die dpt no satu. Nk lepas tiang senget yg pernah aku langgar. Aku mengelak ke tepi tapi x cukup. Tb2 kpala aku terhentak kat tiang tuh. Lepas terhentak, badan aku mcm 'shut down'. Kaki aku tb2 x bergerak n aku jatuh ke atas lutut aku. Lepas melutut tuh Aku boleh bgn n berjalan. Kelihatan ezmeer tgh tergelak n taufiq pulak blur n frust cuz die terlepas apa yg berlaku. Ezmeer tergelak smapi lah habis mkn kat kantin n smpai naik ke kelas pun die x henti lg gelak kn aku.


Conclusion yg taufiq beri:
Kasut yg aku pakai tu ada badi. Lbh baik kalo aku tukar kasut.


So aku pun tukar la kasut n 'pnjam' kasut abah aku. Kasut leather. Aku pakai kasut tuh so far x ada kemalangan n kecederaan lg yg berlaku. So, kasut 2 betul2 'badi' ke???



0 comments: